Friday 15 April 2011

MABIT ISMA PD berjaya!

15April 2011-Alhamdulillah,satu program mingguan Ikhwah,iaitu Malam Bina Iman dan Taqwa(MABIT) dapat di laksanakan dengan jayanya di Pejabat ISMA PD di Telok Kemang.Kehadiran ahli-ahli ISMA PD dan beberapa masyarakat luar amat memberi kesan yang dalam kepada setiap yang hadir.



Tepat jam 10.00malam YDP ISMA PD,Ustaz Soberi Bin Awang memulakan majlis dengan membaca al-Quran 1juzuk dan seterusnya di mulakan dengan tazkirah ringkas membedah buku karangan imam al-Ghazali iaitu Ihya' Ulumuddin yang menekankan aspek untuk kita menyucikan hati.Setiap tazkirah yang di berikan oleh YDP ISMA PD sendiri sedikit sebanyak memberi kesan pada hati-hati yang mendengar dan seterusnya memberi panduan kepada yang hadir untuk sentiasa menyucikan diri dengan taubat dan beberapa perkara lagi yang di tekakankan dalam buku karya imam al-Ghazali itu.

Sejurus sahaja tazkirah di berikan,ikwah-ikwah semua bersiap sedia untuk tidur dengan pesanan dari YDP ISMA PD untuk sama-sama bangun pada jam 5.00pagi.

Tepat sahaja 5.00pagi,Qiamulail di mulakan dengan solat tahajjud secara fardhi(berseorangan) dan seterusnya di mulakan secara berjemaah.

Sesungguhnya solat Qiamulalil ini di tuntut bagi umat islam supaya sentiasa mendekatkan diri pada ALLAH S.W.T dan seterusnya dapat meningkatkan amalan kita.

Nabi Muhamaad S.A.W pernah bersabda :




Ustaz Soberi memberi Tazkirah
Dari Aisyah r.a katanya; "Nabi sollallahu 'alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;" Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" Beliau sollallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda, "Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak 
bersyukur." (Muttafaqun 'alaih)




Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W mengerjakan solat sepertiga malam sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya,masakan kita yang umatnya tidak boleh membuat demikian dan yang demikian itulah sebenarnya membuatkan kita lebih rasa bersyukur
 pada ALLAH S.W.T.


Program yang di anjurkan ISMA PD ini merupakan program mingguan dan di putuskan oleh YDP ISMA PD untuk melakukan sebulan 2 kali setiap hari jumaat.Penduduk di sekitar kawasan PD juga turut di jemput bagi meraikan program MABIT ISMA PD.


Di Harapkan agar program seperti ini dapat berterusan sekali gus meningkatkan amal kita pada ALLAH S.W.T.




Media ISMA PD"Membina Generasi Harapan"

No comments:

Post a Comment