Wednesday 13 April 2011

Saran selesai isu video ikut prinsip syariah – Ustaz Azizee

SEREMBAN - Isu video seks yang didakwa membabitkan pemimpin kanan pembangkang sewajarnya diselesaikan mengikut kaedah digariskan dalam prinsip syariah Islam.
Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, banyak pihak lebih cenderung menyiasat tuduhan membabitkan kesalahan zina itu menerusi undang-undang sivil.
“Dalam Islam, setiap tuduhan berzina perlu disokong kesahihannya oleh empat saksi dan pengakuan daripada individu yang dituduh.
“Tindakan menayangkan video berkenaan juga dikhuatiri bercanggah dengan fiqh Islam yang menghalang umatnya mendedahkan keaiban orang lain,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.
Ikuti ulasan lanjut Ustaz Azizee di bawah.
Sumber: Sinar Harian, 5 April 2011

Media ISMA PD"Membina Generasi Harapan"

No comments:

Post a Comment