Friday 20 May 2011

Hebahan : Program "ANAK SOLEH ANAK CEMERLANG"







SEMINAR ANAK SOLEH ANAK CEMERLANG

Kanak-kanak merupakan anugerah Allah yang sangat berharga buat ibu bapa. Anak-anak juga merupakan amanah daripada Allah SWT yang perlu dijaga dan dididik dengan sempurna agar dapat berbakti dan mendoakan ibu bapanya di alam barzakh nanti.


Alam kanak-kanak merupakan waktu yang sangat penting dan kritikal untuk ibu bapa membentuk peribadi dan jatidiri anak-anak agar mereka membesar menjadi anak yang soleh dan manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.


Justeru, ibu bapa perlu berusaha melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak semenjak di alam rahim lagi sehinggalah lahir ke dunia. Selain itu, ilmu mengenai psikologi anak-anak sering diabaikan. Jika difahami sekali pun, ianya ditangani dari sudut yang tidak Islamik. Atas dasar inilah,


Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Cawangan Melaka

mengambil inisiatif mengadakan seminar yang bertajuk 


'Anakku Soleh Anakku Cemerlang'

Objektif 



1. Memberi kefahaman kepada para ibu bapa, penjaga serta pendidik mengenai kanak-kanak dari aspek fizikal, psikologi dan sosial mereka. (Kanak-kanak dari lahir hingga 12 tahun)


2. Memberi panduan kepada ibubapa, penjaga serta pendidik kaedah yang terbaik untuk mendidik anak-anak seperti yang digariskan oleh agama Islam.


3. Memberi pendedahan kepada ibubapa, penjaga serta pendidik definisi anak yang cemerlang serta proses yang perlu dilalui untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat.



Siapa Patut Hadir? 
Ibu 
Bapa 
Guru Tadika 
Guru Sekolah Rendah 
Bakal Ibu Bapa
Bakal Guru


PEMBENTANG KERTAS KERJA








Ustazah Norsaleha bt Mohd Salleh

• Pensyarah Usuluddin Kolej Universiti Islam Selangor
• Penerima Anugerah Maulidur Rasul Kolej Universiti Islam Selangor 1432 H
• Panelis Tanyalah Ustazah TV 9
• Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)











PROF MADYA DR ZAINURRASHID ZAINUDDIN

Timbalan Dekan, International Medical University (IMU) & Pakar Perunding Kehormat Hospital Tunku Jaafar, Seremban.
Perunding Aman Palestin
Naib Presiden, I-Medik
Pengerusi, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (NS)
Penasihat, Badan Kebajikan Islam Hospital Seremban

Penalis Media: TV1, TV3, TV9 dan Radio 24

Sukarelawan Perubatan ke Selatan Lebanon, Acheh, Agfanistan, Togjakarta, Gaza dll.











Dr Nor'izam Md Alias

Pakar Perunding Psikiatri, Hospital Tunku Jaafar, Seremban
Naib Presiden II I-Medik
Penulis Buku Psikoseksual Remaja Perempuan dan Psikoseksual Remaja Lelaki.
Ahli Jawatakuasa ISMA Port Dickson









Ustaz Zamani Ibrahim

YDP ISMA Seremban
Bapa kepada 11orang Anak











Ustazah Nik Norsaha Nik Mohammad

Ahli Jawatankuasa Biro Dakwah ISMA Negeri Sembilan
Jurulatih Utama Bahasa Arab Nageri.
Guru Takmir Masjid.
Panel Radio Negeri.fm
Anugerah Perkhidmatan cemerlang 2005
Ibu kepada 11 orang anak



BILA??DAN DI MANA??


28 Mei 2011 (Sabtu)


8.00 pagi hingga 5.00 petang


Rumah Media Melaka
Peta Ke Rumah Media

Berapakah Perlu Anda Bayar?


Individu - RM40
Suami Isteri - RM70
Berkumpulan (5 orang ke atas) - RM30/seorang

Berminat Menyertainya?

Hubungi:

Pn. Nurulhuda Md Tahir - 0192659480
Pn. Nur Atikah Mohd Aziz - 0136039811





PENDAFTARAN DAN BAYARAN


Langkah 1 : Pembayaran

Pembayaran hendaklah dibuat terus ke akaun berikut sama ada dengan cara bank in atau transfer online:

Nama: Nurulhuda binti Md tahir
No Akaun : 164490097514
Bank : Maybank

Yuran Pendaftaran yang perlu dibayar adalah seperti berikut;

Individu - RM 40
Suami Isteri - RM70
Agensi/ NGO/ Badan kerajaan (penyertaan min 5 org) - RM30 per head

Langkah 2 : Pendaftaran

1. Sekiranya pembayaran dilakukan secara bank-in, hantar maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, tarikh, masa dan nombor rujukan transaksi ke emel berikut asacmelaka@gmail.com
Tunggu pengesahan daripada kami.

ATAU

Maklumkan pembayaran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor 0192659480(Pn. Nurulhuda Md Tahir) / 0136039811 (Pn. Nur Atikah Mohd Aziz). Nyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, tarikh, masa dan nombor rujukan transaksi.
Tunggu pengesahan daripada kami.

2. Jika pembayaran dibuat melalui pindahan atas talian (online), hantar salinan resit dan masukkan notifikasi pembayaran ke emel asacmelaka@gmail.com juga sertakan maklumat peribadi anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.





SUMBER : Web program "Anak Soleh Anak Cemerlang"

No comments:

Post a Comment