Wednesday 25 April 2012

Belajar solat sunat Dhuha..

                                                                             Assalamu'alaikum

Surau Al-Hijrah_ Pada 25 Mac 2012  yang lepas, Kelab NAZIM cawangan Port Dickson telah mengadakan Smart Aulad Circle di Bandar Springhill. Kehadiran anak-anak sekitar kawasan perumahan amat memberangsangkan.

Seawal 9 pagi, circle dimulakan dengan bacaan doa penerang hati oleh para peserta. Surah Al-Falaq menjadi santapan pertama untuk circle kali ini. Para peserta menghafal bersama serta mentadabbur ayat bersama mas'ulah kumpulan masing-masing.

peserta fokus dengan penerangan yang diberi..



Kemudian, suasana semakin ceria dengan slot hadits Rasulullaha saw. Hadith yang dibawa pada hujung minggu itu adalah hadith pakai selipar/ sandal daripada kaki kanan. Sememangnya hadith ini menarik perhatian peserta kerana setiap peserta memakai sandal setiap hari.

Sebelum ke sesi praktikal solat sunat Dhuha, anak-anak direhatkan dengan aktiviti 'Seni Origami'. Para peserta diajar untuk membuat origami baju. pelbagai gelagat dapat dilihat. Bahkan ada yang peserta mengajar mas'ulah pula untuk sesi yang amat dekat dengan mereka. setelah siap, mereka dikehendaki menulis nama masing-masing di 'jersey' yang siap direka.


bersedia semua..
anak-anak generasi harapan..

Untuk sesi terakhir, para peserta diajar untuk melaksanakn solat sunat Dhuha. Walaupun solat ini hanya solat sunat, akan tetapi kami percaya bahawa jika tidak dibiasakan daripada kecil lagi, pabila besar solat sunat sukar untuk dijadikan amalan. ~ Alah bisa tegal biasa~

Alhamdulillah, kira-kira pukul 10.45 pagi, circle melabuhkan tirai dengan sedikit jamuan ringan.

No comments:

Post a Comment