Tuesday 3 April 2012

Pertandingan Mewarna NAZIM PD

Taman Politeknik_Port Dickson- Pada 10 Mac 2012 yang lepas, NAZIM Port Dickson telah menganjurkan satu aktiviti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak sekitar kawasan Teluk Kemang. Aktiviti ini diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul yang ke 1433H dan mengambil tema ‘ Mari Contohi Akhlak Rasulullah SAW’.

para peserta fokus mewarna..


Pertandingan mewarna ini dijalankan di Padang Futsal Taman Politeknik, Port Dickson yang bermula pada kira-kira jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Hampir seramai 34 orang peserta yang mengikuti aktiviti ini yang mana ianya di luar jangkaan penganjur. Tambah menarik lagi, ada 2 orang peserta dari bangsa cina yang menghadirkan diri. Aktiviti mewarna ini telah dibahagikan kepada 3 kategori mengikut peringkat umur. Kategori pertama adalah berumur 4-6 tahun, kedua 7-9 tahun dan ketiga adalah 10-12 tahun.







Peserta memulakan sesi mewarna pada jam 9 pagi. Suasana gamat dengan usikan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Ada yang berebut warna dan menangis dek penat mewarna. Kira-kira jam 10 pagi, sesi tamat, dan para hadirin dijemput untuk menjamu selera sementara menunggu karya peserta diadili.


anak bangsa Cina..memang kemas sangat dia mewarna..


Pada akhir majlis, ketua Nazim Port Dickson, Puan Munirah Jaafar telah memberi sepatah dua kata dan mempromosi beberapa program ISMA yang akan datang serta penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang telah disampaikan oleh Puan Habsah Shaer, wakil ISMA PD. 









Program di akhiri dengan para peserta bergambar kenangan. Jelas terpancar keceriaan di wajah kanak-kanak dengan pegangan erat hadiah masing-masing. 


bergambar kenangan..

No comments:

Post a Comment