Wednesday, 13 April 2011

Ustaz Abdullah Zaik diberi kepercayaan untuk terus terajui ISMA







KUALA LUMPUR, 27 Mac - Para perwakilan dari cawangan-cawangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di seluruh negara telah sebulat suara memberi kepercayaan kepada Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman untuk terus menerajui pertubuhan tersebut sebagai Presiden bagi tempoh dua tahun akan datang.
Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan ISMA kali ke-12 yang telah berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini semalam.
Mesyuarat yang bertemakan Melayu Sepakat Islam Berdaulat itu dihadiri oleh lebih 500 orang terdiri daripada para perwakilan dan ahli ISMA dari seluruh negara serta tetamu-tetamu undangan daripada NGO-NGO termasuk ABIM, HALUAN, TERAS, PPIM, PUM, GPMS dan lain-lain lagi.
Senarai penuh barisan Jawatankuasa Pusat ISMA sesi 2011/2012 yang baru dilantik adalah seperti berikut:
Presiden: Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman
Timbalan Presiden: Aminuddin Yahaya
Naib Presiden I: Abdul Rahman Mat Dali
Naib Presiden II: Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Ahli Jawatankuasa:
1- Ustaz Abdul Halim Abdullah
2- Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman
3- Ustaz Rusdi Alias
4- Khalid Zakaria
5- Dr Kamil Azmi Tohiran
6- Ustaz Muhammad bin Ismail
7- Ustazah Norsaleha Mohd Salleh (Ketua Wanita)
8- Ustazah Norlida Bt. Kamaruddin
Tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Pusat ISMA yang baru dilantik ini. Semoga dakwah ISMA di bawah kepimpinan Ustaz Abdullah Zaik akan terus maju dan berkembang, khususnya bagi menyebarluaskan agenda Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

Media ISMA Port Dickson"Membina Generasi Harapan"

No comments:

Post a Comment