Friday 10 June 2011

Puasa dan Sakit Sendi





Sebagai seorang manusia kita pastinya sentiasa mengalami  perubahan dengan bertambahnya usia kita.Misalnya perubahan warna rambut,kekuatan penglihatan dan kekenyalan  kulit terutama pada  bahagian wajah.Perubahan juga pasti berlaku pada persendian manusia.Tulang rawan pada pada persendian kita yang sebelum ini kita rasakan kuat ,semakin hari semakin rapuh,kerana banyaknya jasa ianya kepada pergerakan dakwah kita.Begitu juga halnya cairan sinovial juga semakin kering yang akan kita rasakan sekiranya kita menggerakkan sendi-sendi kita dalam aktiviti harian kita ,kerana sel-sel di dalamnya banyak yang telah mati dan tidak diperbaharui.
Secara khususnya kita sering mengeluh rasa sakit sendi ketika berjalan naik dan turun tangga atau ketika duduk tasyahhud dalam solat.Lain orang, lain aduan sakit sendi ini.Ada yang mula mengadu sakit sendi di usia seawal tiga puluh  tahun dan ada juga setelah usia meninggkat enan puluh  tahun.Biasanya perbezaan ini dipengaruhi oleh faktor keturunan.
Sakit sendi semakin parah dengan bertambahnya usia.Pada kebiasaannya penyakit sendi menyerang manusia  yang berusia antara tiga puluh hingga lima puluh tahun.Para doktor belum menemukan ubat yang paling mujarab untuk menyembuh penyakit  ini.Namun beberapa kajian yang dilakukan di Rusia menunjukkan bahawa puasa dapat menjadi alternatif pengubatan yang efektif bagi membantu penyembuhan penyakit ini.Alasannya ialah dengan berpuasa boleh membebaskan tubuh dari berbagai zat yang mengandungi racun.Keadaan itu dapat dicapai melalui berpuasa selama beberapa  hari atau mencapai  tiga minggu.Dalam keadaan berpuasa juga bakteria atau  virus yang menjadi penyebab penyakit itu termasuk zat yang mengandungi racun dikeluarkan dari tubuh ketika berpuasa.Dari kajian tersebut mendapati pesakit sendi merasakan satu  proses penyembuhan berlaku.Ianya proses penyembuhan yang luar biasa.
Disini marilah  kita sama-sama berkongsi pengalaman dengan seorang yang lama menderita sakit  sendi.Beliau adalah Sulaiman Robiross .
Sulaiman Robiross mengatakan,”Saya telah menderita penyakit sendi selama tiga tahun.Bagi saya ianya belum lagi ditahap yang parah.Dengan adanya penyakit ini saya tidak mampu berjalan  lama atau berlari .Begitu juga tidak mampu duduk lama, dalam masa setengah jam sahaja saya sudah mula merasa sakit sendi dan betis terasa kaku.
Untuk menyembuhkan penyakit ini saya telah mencuba beberapa bentuk pengubatan sehingga satu ketika saya ditemukan dengan seorang sahabat yang memperkenalkann saya pada masjid dan ajaran Islam.Saya tidak segera menyahut seruan itu Cuma bila tiba bulan Ramadhan saya ikut berpuasa selama sebulan.Betapa saya rasa takjub dengan berpuasa itu kerana semasa saya berpuasa saya terasa berlaku proses penyembuhan sakit sendi yang sedang saya alami.namun saya masih tidak menyahut seruan suci itu.walaupun jauh disudut hati saya ada keyakinan bahawa Islamlah yang hebat ajarannya.Kerana Islam meliputi dasar-dasar yang luhur ,adil,serta menentang permusuhan dan perpecahan.Padahal keduanya merupakan perilaku yang sangat merusak kehidupan sosial dan peribadi seperti yang saya saksikan di New York
Saya mengkagumi ibadah puasa dan merasai faedahnya sebelum saya memeluk Islam.Ketika berpuasa ,saya hanya makan sayuran hijau  ,buah-buahan dan kurma ,waktu bersahur pula saya  makan sekadarnya.Alhamdulillah penderitaan sakit sendi yang saya deritai telah hilang dan saya bersyukur kepada Allah atas nikmatNya yang Dia kurniakan kepada saya hingga saya memeluk Islam setelah benar-benar menyakini kebenarannya.
Sulaiman menutup ceritanya dengan mengatakan.”Puasa benar-benar memiliki faedah dan manfaat yang sangat besar bagi diri saya.Seadainya Anda melihat bagaimana kegembiraan saya menyambut kedatangan Ramadhan,mungkin Anda akan berkata,Kamu seperti anak kecil mendapat mainan yang baru yang diidam-idamkan,bukan seorang lelaki yang telah berusia 45 tahun.”
            Alan Saury menjelaskan faedah puasa lagi,dapat meningkatkan kekuatan tubuh dan membaharui tenaga atau energi .Beberapa orang yang telah berusia lebih tujuh puluh tahun tetapi masih memiliki tubuh yang sihat dan bersemangat tinggi.Mereka juga memiliki jiwa yang tenang dan pantang mengalah.
           Harapan pada semua para daie agar benar-benar menjiwai hikmah disebalik ibadah puasa.Marilah sama-sama kita melihat kepada betapa besarnya fadilat yang bakal diperolehi oleh semua umat muslimin pada sepanjang bulan yang barakah ini, Rasulullah SAW telah memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadhan melalui satu khutbah baginda iaitu: “Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan di mana Allah telah jadikan puasa adalah kefardhuan dan bangun pada malamnya adalah satu tambahan.
Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardhu di bulan yang lain. Bulan Ramadan adalah bulan untuk memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan dari api neraka.”


Rujukan :
Buku Induk Mukjizat Kesehatan Ibadah

Artikel di hantar oleh :Ustazah Hayati Binti Md Zari(Ketua Wanita ISMA cawangan PD)

No comments:

Post a Comment