Sunday 10 April 2011

Kuliah Asas-asas Islam Ustaz Halim Abdullah



Umat Islam dijemput hadir ke Siri Kuliah Selasa oleh Ketua Biro Dakwah ISMA, Ustaz Haji Abdul Halim bin Abdullah bertempat di Masjid Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Kuliah ini akan berjalan setiap minggu selepas solat Maghrib dan membincangkan tajuk-tajuk daripada buku Asas-Asas Islam terbitan ISMA.
Semua muslimin dan muslimat, khususnya yang tinggal di kawasan berhampiran dijemput hadir untuk sama-sama mengutip mutiara hikmah daripada kuliah ilmu ini. Mereka yang berminat untuk mendapatkan buku Asas-Asas Islam di atas boleh menghubungi Setiausaha ISMA Seremban, Saudara Omar Kassim (019-6699630) atau Ketua Biro Dakwah ISMA Seremban, Ustaz Zamani Ibrahim (013-2287695) atau mengunjungi pejabat urusan ISMA Seremban.




Biro Dakwah ISMA PD
"Membina Generasi Harapan"

No comments:

Post a Comment