Saturday 6 August 2011

" EXPLORACE NAZIM “ SEMPENA MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN

Bandar Spring Hill Lukut, 24 Julai 2011 – Bersempena dengan Istiqbal  Ramadhan Al-Mubarak 1432H  AJK NAZIM  ISMA  cawangan Port Dickson telah mengadakan “EXPLORACE  NAZIM “dengan kerjasama AJK surau al-Hijrah Bandar Spring Hill, Lukut.  Program yang julung-julung kali diadakan dan  berjaya menarik minat hampir 48 orang kanak-kanak sekitar kawasan tersebut.

kumpulan MERAH..!



kumpulan PUTIH..!

kumpulan KUNING..!

kumpulan HIJAU..!


Seawal jam 7.45 pagi, anak-anak NAZIM dengan penuh semangat telah berkumpul di perkarangan surau al-Hijrah. Program dimulakan dengan pembentukan 4 kumpulan kecil iaitu kumpulan Merah, Kuning, Hijau dan Putih di mana setiap kumpulan terdiri daripada 12 orang peserta. Seterusnya, Ustazah Hayati Md Zari selaku ketua Wanita ISMA cawangan PD memberikan taklimat ringkas tentang perjalanan program pada hari tersebut. Walaupun hujan turun dengan lebatnya ketika taklimat diberikan, ianya langsung tidak mematahkan semangat anak-anak ini untuk meneruskan aktiviti explorace.

Sepuluh minit kemudian, apabila hujan telah reda, semua kumpulan explorace ini memulakan aktiviti dan setiap kumpulan perlu menempuhi 4 “check point”. di sekitar perumahan Bandar Springhill. Pada setiap “check point”, soalan-soalan yang diberikan adalah berkenaan dengan hukum hakam mengenai ibadah puasa, bacaan surah-surah, nama-nama Allah dan nasyid . Alhamdulillah, semua kumpulan dapat menjawab dengan baik soalan-soalan yang diberikan.
Kumpulan Merah telah mendahului kumpulan yang lain kerana menjadi kumpulan pertama yang berjaya sampai ke “check point” yang terakhir. Ini diikuti dengan kumpulan Kuning, Putih  dan Hijau. Aktiviti masih lagi diteruskan di “check point” terakhir di mana setiap kumpulan diberi tugasan supaya menyediakan 3 origami yang berbeza yang mana telahpun anak-anak Nazim pelajarinya dalam program Nazim. Kumpulan Merah merupakan kumpulan pertama yang berjaya menyiapkan tugasan ini dan seterusnya dinobatkan sebagai juara explorace kali ini.  


Apa yang penting? KERJASAMA..!

fokusnya mencari idea..


Program diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah pada majlis penutup. Hadiah telah disampaikan oleh Ustazah Maimon, salah seorang AJK surau al-Hjrah Walaupun keletihan, kegembiraan masih jelas terpancar diwajah  anak-anak dan mereka berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


khusyuk adik-adik mendengar taklimat..

walaupun keletihan tapi masih bersemangat!


penyampaian hadiah oleh ustazah Maimon..


No comments:

Post a Comment