Monday 15 August 2011

IFTHOR JAMAIE BERSAMA NAZIM PORT DICKSON

Teluk Kemang, Port Dickson, 8 Ogos 2011 – Alhamdulillah,  majlis Ifthor Jamaie nazim cawangan Port Dickson telah selamat diadakan pada hari ini di kediaman Ustazah Hayati Md Zari, Ketua Wanita ISMA PD iaitu di Taman Selayang Teluk Kemang. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran 22 orang anak-anak NAZIM dan dua orang ahli WANITA ISMA PD iaitu Puan Kamaliah dan Puan Munirah. Anak-anak mula memenuhi ruang kediaman Ustazah Hayati pada jam 6.30 petang. Majlis dimulakan dengan bacaan al-ma’thurat beramai-ramai dan tazkirah ringkas sempena Ramadhan al-Mubarak. Kemudian anak-anak bersama-sama bergotong royong meyediakan juadah untuk berbuka puasa. Majlis diakhiri dengan solat maghrib berjemaah.

doa dulu sebelum makan..




cantiknya kek..





No comments:

Post a Comment