Sunday 6 March 2011

Blog ISMA PD yang baru.

Selamat datang di ucapkan kepada semua pelawat-pelawat blog Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Port Dickson atau dengan ringkasnya ISMA PD.Alhamdulillah,blog ini baru sahaja di lancarkan dan akan di terbitkan pada bila-bila masa sahaja. http://ismapd.wordpress.com  adalah merupakan tapak asal web blog ISMA PD.Walaubagaimanapun dengan pelbagai usaha dari pihak ISMA PD,satu blog yang lebih mendekati dan mesra pengguna dengan jayanya dapat di wujudkan bagi memudahkan para pelawat dan ahli mendapatkan beberapa input-input menarik dari blog ini.

InsyALLAH blog ini akan di muatkan dengan pelbagai bentuk artikel dan pelbagai bahan-bahan menarik untuk di kongsi bersama pelawat-pelawat blog ISMA PD.Diharapkan para pelawat dapat mengambil seberapa banyak ilmu-ilmu yang bermanfaat di dalam blog ini seterusnya mempraktikalkan dalam kehidupan agar kita menjadi insan yang lebih cemerlang dan gemilang.Akhir kalam dari Media ISMA PD,marilah kita sama-sama memupukkan semangat mencintai ilmu dengan apa jua alternatif yang berkesan dalam kehidupan kita samada ilmu itu datang dalam bentuk alam maya atau dengan thaqofah(pembacaan dari buku) kita sendiri.

Media ISMA PD"Membina generasi harapan"

1 comment:

  1. Tahniah buat ISMA PD kerana wujudkan blog yang baru!!Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Ilahi..ameen..

    ReplyDelete