Sunday 11 September 2011

IFTHOR JAMAIE ISMA CAWANGAN PORT DICKSON

Teluk Kemang, Port Dickson, 15 Ogos 2011 – Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh berkat dan segala amalan baik akan dilipat gandakan. Rasulullah pernah bersabda bahawa  memberi makan orang berpuasa akan memperolehi kadar pahala yang sama dengan orang yang berpuasa, tidak kurang walau sedikit pun.
Daripada maksud hadith ini, ISMA cawangan PD telah mengambil peluang pada bulan Ramadhan penuh barakah ini dengan mengadakan iftar jamaie. Selain bertujuan untuk meraih ganjaran, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli ISMA di cawangan PD.
Para tetamu mula memenuhi ruang Pejabat ISMA PD seawal jam 6.00 petang. Program dimulakan dengan bacaan al-Ma’thurat secara berjemaah. Sementara itu, para wanita sibuk menyiapkan juadah untuk berbuka. Tepat jam 7.24 malam, azan dikumandangkan dan para tetamu mula menikmati juadah yang disediakan. Majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Abu Bakar.






Seusai solat, para tetamu mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Razman mengenai momentum kita di bulaan Ramadhan, tetapi sebelum itu akhi Ira Amirul memberikan sedikit ‘wasiat’  kepada para pelajar STAM supaya bersungguh-sungguh dalam imtihan yang akan menjelma nanti sebelum berlepas ke Mesir.
Majlis diteruskan lagi dengan solat Isya’ dan solat sunat tarawih secara berjemaah. Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman sebagai tanda ukhuwah yang terjalin.






No comments:

Post a Comment