Thursday 15 December 2011

Program Al-Quran D'Hatiku

Kelab Al-Azim (NAZIM) bersama dengan anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Port Dickson telah menjalankan sebuah program khas kepada anak-anak sempena cuti sekolah. Dengan bertemakan  “Membina Generasi Al-Quran”, yang diadakan dari 28.11.2011 hingga 2.12.2011 bertempat di Pejabat ISMA Port Dickson. Seramai 18 orang peserta telah menghadirkan diri ditemani ibu bapa masing-masing.

muka ceria adik-adik..


Berikut adalah aktiviti yang dijalankan pada hari pertama.

Sesi pendaftaran yang pertama telah diadakan pada pukul 2.30 petang, iaitu pada 28.11.2011. Seusai proses pendaftaran berakhir, peserta-peserta diminta berkumpul untuk mendengarkan sedikit kata pembukaan yang telah dijayakan oleh Sharifah bt Abdul Samad. Pelbagai pengisian telah diketengahkan antaranya tentang kelebihan membaca Al-Quran dan sebagainya dengan bantuan video. Dikesempatan itu juga, para peserta dan fasilator saling berkenalan.




 
fokusnya adik-adik..
khusyuk menyanyi..


Pada pukul 3.10 petang, tayangan video telah dijalankan berkaitan senandung Al-fatihah, tujuan ciptaan manusia dan lain-lain. Manakala, pada pukul 4.00 petang bacaan secara berjemaah menggunakan kemudahan video telah dikendalikan oleh Ustazah Hayati dan seterusnya pelajar diminta untuk bertasmik kepada fasilator. Di antara surah yang telah ditasmik iaitu surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Masad dan Al-Nasr.


makan bertalam..insya Allah berkat..

Pada pukul 4.30 petang, peserta diminta melakukan solat asar berjemaah dan seusai solat, peserta menjamu selera sebelum bersurai.

Berikut adalah aktiviti untuk hari ke-2 hingga ke-5

Manakala, sepanjang hari ke 2 sehingga hari yang ke-4, dengan mengikut waktu yang telah ditetapkan fasilator telah melakukan sedikit pembaharuan pada minggu tersebut dimana, seusai peserta berada di pejabat ISMA. Fasilator telah menyediakan permainan kepada peserta berkaitan dengan surah didalam Al-Quran.

berdebar adik-adik menanti soalan

"camna ye awal surah ini??"


Selain itu, peserta disajikan dengan video islamik, lagu-lagu kerohanian dan sebagainya. Pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang,sesi pembelajaran bermula dimana peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut tahap pengetahuan masing-masing iaitu peserta yang membaca iqra’ 1 hingga 6 dan peserta yang boleh membaca Al-Quran. 

an nisa' yang bijak

ar rijal yang aktif



Pada pukul 4.30 petang peserta diminta untuk melakukan solat asar berjemaah yang diimamkan oleh peserta yang bernama Muhd Aiman. 


Pada hari yang terakhir, hari ke-5, peserta-peserta diminta melakukan aktiviti seperti biasa yang telah dijalankan. Dan seterusnya pada pukul 4.00-4.30 petang, ucapan ringkas dan penyampaian hadiah telah dijalankan oleh Umi Kai dan diantaranya adalah cenderahati kepada kanak-kanak, penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta dan fasilator. Manakala kategori khas untuk 3 peserta terpilih dilaksanakan antaranya imam dimenangi (Muhd Aiman), peserta terbaik (Nadhratul hana’), dan akhlak terbaik ( Mohd Zakwan). Seusai iu, peserta melaksanakan solat asar berjemaah dan seterusnya menikmati makanan sebelum bersurai. “Anak-anak islam! Pemangkin generasi cemerlang”.



Peserta Terbaik..

Anugerah Imam

Peserta Paling Berakhlak


<gambar sepanjang program akan di'upload' pada masa akan datang..insya allah..>

No comments:

Post a Comment