Friday 30 December 2011

Sukaneka NAZIM ISMA PD


Hari Ahad yang lepas, bersamaan dengan 25 Disember 2011, Kelab Al-Azim (NAZIM) bersama dengan anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Port Dickson telah menjalankan sebuah program sukaneka bertempat di  surau Al-Hijrah, Bandar Springhill. Seramai 40 orang peserta yang berumur dibawah lingkungan 2 hingga 12 tahun telah mengambil bahagian.


Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi  dan mukadimahnya dengan bacaan doa. Seterusnya peserta-peserta diminta untuk melakukan senaman ringan bersama dengan fasilator-fasilator.


Antara aktiviti menarik yang telah diadakan dengan jayanya adalah larian dalam guni, menyepit gula-gula menggunakan ‘chopstick’, mumia, timbang bola, dan jalan penguin menggunakan bola. Sebelum permainan bermula, peserta-peserta diminta untuk mendengar arahan dan demo permainan daripada fasilator dan para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan.


Permainan pertama yang dijalankan ialah jalan penguin menggunakan bola dan larian dalam guni. Diikuti dengan aktiviti timbang bola. Seterusnya salah seorang peserta setiap kumpulan dikehendaki untuk menjadi mumia dengan dibaluti tisu dan akhir sekali ialah permainan menyepit gula-gula menggunakan ‘chopstick’. Selain itu, permainan khas turut disediakan kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 1 hingga 2 tahun iaitu permainan meniup belon. . Sepanjang aktiviti berjalan, pelbagai telatah lucu yang dipamerkan oleh anak-anak dan para ibu bapa. 


 Permainan tamat kira-kira pada pukul 10.00 pagi, peserta –peserta menerima hadiah yang telah disampaikan daripada AJK surau Bandar Springhill dan seterusnya hadirin yang hadir dijemput untuk menikmati makanan yang telah disediakan oleh AJK-AJK surau sebelum bersurai. “Anak-anak Islam, Pemangkin Generasi Cemerlang”.

No comments:

Post a Comment