Wednesday 15 February 2012

Smart Aulad Circle@Bandar Springhill

Bandar Springhill_ Pada 12 Februari 2012 bersamaan 19 Rabiul Awal 1433 hijrah, NAZIM cawangan Port Dickson telah mengadakan ‘Smart Circle Aulad’ di Surau Al-Hijrah, Bandar Sringhill, Lukut. Seramai 17 anak-anak telah menghadirkan diri seawal 8.30 pagi dengan wajah yang sungguh ceria.

khusyuk anak-anak

Nabi lahir tahun gajah..ohhh..

Program dimulakan kira-kira jam 9 pagi dengan bacaan doa oleh semua peserta. Sungguh bersemangat anak-anak mengalunkan bacaan doa penerang hati. Seterusnya,  Ustazah Munirah sebagai ketua NAZIM PD mengambil alih acara dengan bercerita tentang kisah kelahiran Rasulullah saw bersempena sambutan Maulidur Rasul, yang telah disambut pada 12 Rabiul Awal 1433 hijrah  yang lepas. Para peserta memberi respon yang sangat bagus dengan menyambung cerita yang dikisahkan itu.  Kemudian, para peserta bersama-sama mengalunkan selawat dengan iringan video.


Bagi Slot yang kedua, para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Surah An-Naas menjadi intipati bag circle pada hari itu. Setiap kumpulan diketuai dengan mas’ulah masing-masing. Mereka menghafal surah an-naas dengan mentadabbur maksud ayat surah tersebut. Mas’ulah juga mengajarkan kepada anak-anak anjuran waktu membaca surah An-Naas iaitu semasa hendak tidur serta dalam solat 5 waktu.


Kira-kira jam 10.00 pagi, para peserta diajar dengan sebuah hadis Rasulullah saw yang ringkas. Hadis ‘ Jagalah lidah kamu’ menjadi pilihan. Dalam waktu yang singkat para peserta sudah dapat menghafal hadis berkenaan. Mas’ulah juga menerangkan kepada mereka akhlak-akhlak mulia tentang menjaga lidah. Mereka dijelaskan dengan akhlak jangan mengutuk kawan-kawan dan jangan menyakiti hati orang lain. Selepas itu, para peserta bermain game dengan mencari cantuman-cantuman hadis dan cantumkan mengikut warna tertentu. Suasana amat menceriakan dengan telatah comel mereka.













Program tamat kira-kira jam 10.45 pagi dengan jamuan ringan yang disediakan oleh AJK Surau Al-Hijrah. Para hadirin saling bersalaman sebelum bersurai.

bakal pembangun umat beragenda..




No comments:

Post a Comment